Наступил декабрь. Dalam kesibukan menjalani rutin hidup, pejam
celik, tahun 2011 kini sudah hampir ke penghujungnya. Ana perhatikan, pelajar Russia yang lain
sudah memulakan langkah, mengejar pensyarah untuk mencatat markah bagi semester
ini. Sejujurnya, kami pelajar tahun pertama bidang perubatan yang menuntut di
sini, tidak menduduki sebarang peperiksaan khas seperti para senior kami yang
lain. J Namun penilaian (зачёт) itu tetap ada. Biasanya penilaian ini akan dibuat pada
minggu terakhir setiap semester.
Bagi
pelajar tahun pertama akan ada 9 hari cuti je. Sob sob. Tapi, pada tahun senior
nanti, baru la timbul istilah ‘cuti winter’. ^_^ Walau bagaimanapun, demi masa,
kalau tidak dimanfaatkan sebaiknya, manusia dalam keadaan kerugian. Oleh itu, kami
anjurkan pelbagai aktiviti untuk mengisi setiap waktu yang ada. Antaranya,
sambutan hari lahir ‘baby December’ untuk 3 orang rakan kami Jeat, Vivian dan
Fiona yang diadakan pada tanggal 12 haribulan.
Majlis
hari lahir itu kami sediakan jamuan yang istimewa. Sesungguhnya, ana sendiri tidak
menyangka dalam kalangan kami, ada yang menyimpan bakat memasak! Wah, bakal doktor
yang serba boleh?! Hehehe.. Jamuan diadakan dengan keadaan yang sederhana
tetapi meriah. Untuk birthday boy, Jeat, kami sediakan video ringkas. Digubah
oleh saudari Tsu Huey dengan kerjasama dari rakan-rakan yang lain.
My second family |
Tiramisu anyone |
Dalam
kalender, bulan Disember seringkali dikaitkan dengan perayaan Krismas oleh rakan-rakan
bukan Muslim kitakan? Bagi yang homesick, ingin menyambutnya bersama keluarga, kami
juga tidak mengabaikan permintaan mereka ini. Mungkin ada dalam kalangan
pembaca yang merasa kurang selesa dengan tindakan kami ini. Ana berharap tiada
yang membuat sebarang spekulasi sesuka hati, saling menunding jari.
Sesungguhnya, niat kami hanya ingin membawa suasana seperti di rumah ketika musim
peraayan. Mereka, seperti kita, tentu sekali rindu pada keluarga dan sanak
saudara di kampung halaman, bukankah begitu?
Rice-ball!!! |
Pada pendapat ana, apa yang penting adalah mereka menghormati niat kita, agama kita, malah tidak mempersoalkan permintaan kami agar menggunakan bahan-bahan halal serta menggunakan perkakas kami untuk menyediakan masakan mereka. Percayalah rakan-rakan pembaca sekalian, kita boleh bersatu, hidup bersama tanpa sebarang perselisihan faham. Setiap masalah ada penyelesaiannya, kan? “For every lock, has its key.” Selain itu, ana juga berkesempatan mempelajari ‘rice ball” dari rakan-rakan Chinese saya! Pengalaman yang berharga! ^_^
Mendeklamasikan sajak! |
Oh, ya.
Aktiviti pada bulan ini bukan sahaja diadakan antara kami sahaja. Malahan
abang-abang dan kakak-kakak senior juga ada menyusun atur program-program
menarik. Salah satu daripadanya ialah Majlis Penutup Minggu Kirovsky yang
diadakan pada awal bulan. Tentative program termasuklah, pertandingan laungan azan,
cabutan bertuah, pengumuman pemenang-pemenang kuiz, tulisan khat, hafazan dan
sebagainya.
Winning team! |
Yang
seronoknya bulan ni, ana berpeluang mencuba sukan paintball!! Dari dulu lagi
nak try sebenarnya! Banyak yang mengikuti aktiviti ini berbanding tahun lepas—menurut
senior. Namun bagi kaum hawa, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Psst. Nak
tahu tak? Kumpulan ana berjaya meraih tempat pertama! Hihihi.. Berkat kerjasama
kata orang. Bagi yang belum mencuba tu, ana harap, jangan siakan peluang yang
ada pada masa akan datang.
Paintball 2011 |
Sekian
dulu, wassalam.