Tuesday, November 22, 2011

Cahaya Deepavali 2011




Ahad lalu(20.11.2011) kami, pelajar Malaysia yang menetap di bumi Volgo ini meraikan bersama sambutan Deepavali yang dianjurkan gilang-gemilangnya oleh jawatankuasa VMIA di bawah dukungan MSA(Malaysian Student Association).  Dengan bertemakan AGNI(fire), majlis tersebut berjaya mendapat sambutan yang baik dari pelajar-pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Semangat perpaduan kaum di bumi Volgo ini ternyata mengingatkan diri ini supaya tidak sesekali melupakan asal usul kami, yang lahir di bumi Malaysia- negara yang berbilang kaum, cintakan perpaduan.  Rakan seperjuangan ana sendiri(kaum cina) turut sama mengenakan pakaian tradisional masyarakat India! (mengkagumkan bukan?)
Meet my friends~~
            Deepavali tahun ini telah diadakan di dewan Hiroshima, bermula dari pukul 1.30 tengahari.  Dimeriahkan oleh dua MC yang berbakat, ternyata mampu mencuit setiap hati yang datang menghadirkan diri pada hari tersebut.  Telatah mereka happy-go-lucky kepetahan kata-kata membuatkan kami ketawa dari mulanya majlis sehingga ke penghujungnya! (naik lenguh muscle2 pipi tau)
MC!
            Setelah majlis dirasmikan dengan menyalakan api, kami diserikan dengan tayangan video sejarah perayaan Deepavali, klip-klip video yang cukup menghiburkan, tarian dan nyanyian merdu dari bakat-bakat yang terpendam dan tidak ketinggalan sketsa kedatangan kaum India di Malaysia.

Perasmian Deepavali 2011
Pada pandangan ana sendiri, sketsa tersebut membawa maksud mendalam, mengandungi nilai-nilai yang tersirat yang pastinya membuatkan setiap individu di dewan tersebut berfikir sejenak, akan nikmat ‘satu padu’ yang selama ini telah tersemat di sanubari.

Juga menghadirkan diri adalah 3 individu penting berbangsa Rusia(maaf kurang arif akan nama mereka), tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama melihat sendiri kemeriahan sambutan Deepavali pelajar Volgograd.  Setelah disajikan dengan pelbagai persembahan dan program seperti penerangan ringkas cara pemakaian sari dan cabutan bertuah, kami disajikan dengan makanan yang enak! 


Kuiz ringkas
With my good friend-Sathiyaraj


            




Di sini, saya ingin menitipkan salam Deepavali untuk rakan seperjuangan saya, saudara Sathiyaraj! Dengan ucapan teruskan meng'hambar'! hehehe.. (gurau jerr..) We really do enjoy your celebration. Your first celebration in Volgo, but it's first in my life... 

Happy Deepavali to all!
(gambar ihsan dari saudari Cynthia)
Konklusinya, sebagai peringatan semua, pembaca, dan ana sendiri, perpaduan itu indah dan memberikan kesan manis baik untuk individu, agama, kaum, bangsa dan negara.  Ikhlas dari kami pelajar yang menetap di luar negara, sesungguhnya kami dahagakan kemanisan perpaduan itu, di mana setiap hati dan naluri ikhlas memberi dan menyumbang tanpa sebarang syak wasangka.
Salam Deepavali suma :)
(gambar ihsan dari saudara Sathiya)
            Senyuman setiap individu yang turut meluangkan masa mereka memeriahkan sambutan Deepavali 2011 ini tidak akan luput dari ingatan ana~~~ luv u all.. BIG thanks to those who worked hard for it!

No comments:

Post a Comment