Friday, November 4, 2011

keep in track



12 September 2011(Isnin)
            Malam ini, seramai 23 orang pelajar tajaan JPA dan 3 orang pelajar tajaan MINDEF akan berangkat meninggalkan tanah air Malaysia dan insan-insan tersayang demi melanjutkan pelajaran kami di tanah besar Russia.
Hati yang rawan bercampur riang kerana bagi sebahagian kami, inilah kali pertama kami bakal hidup berdikari di negara yang jauhnya beribu batu dan mempunyai klimat cuaca yang jelas berbeza dari Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.  Di sana nanti, kami bakal merasai iklim 4 musim.
Russia merupakan satu negara yang amat istimewa dari segi size dan bentuk muka buminya.  Sebahagian negara Soviet ini berada di benua Eropah dan sebahagian lagi berada di dalam lingkungan benua Asia.  Mempunyai zon masa yang berbeza mengikut kedudukan bandarnya, dan sebagainya.  Banyak lagi fakta menarik berkenaan dengan negara ini sebenarnya.  Bukan ana tidak mahu berkongsi fakta-fakta tersebut, tetapi biarlah ana menceritakan pengalaman ana sendiri terlebih dahulu.  Layarilah laman-laman web di Internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang negara ini ek? J
Baiklah, berbalik kepada jalan cerita ana ye?  Kami semua mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA)  seawal 5.30 petang, malahan ada yang lebih awal. Semangat bukan?  Pada jam 6.30, kami mula daftar masuk dengan bantuan pegawai MAS, JPA dan MINDEF.  Berbagai reaksi yang dapat dilihat semasa proses tersebut.  Ada yang terpaksa mengeluarkan sejumlah besar barang-barang di dalam bagasi kerana melebihi berat yang ditetapkan iaitu 20 kg beg kargo dan 7 kg beg kabin(pengalaman ana sendiri), ada yang lupa menyiapkan dokumen sebelum perjalanan dan banyak lagi.  Nasihat ana, pastikan berat beg kargo(tanpa barang) kalian secara amnya tidak terlalu berat kerana banyak lagi barang yang kalian perlu ‘sumbat’ ke dalam beg tersebut.  Pastikan sebarang benda cair(liquid) disimpan di dalam plastic yang disediakan oleh pihak MAS. (Seperti yang diarahkan semasa ‘pre-departure briefing’)
Setelah mendaftar masuk, kami diberi masa untuk bersama keluarga. Ana sekeluarga pula, menunaikan solat dan menikmati makan malam di francais KFC di KLIA. J Tepat pukul 8.30 malam, kami mendengar penerangan terakhir dari pegawai MAS dan JPA sebelum melangkah pergi ke terminal C4 yang berada di bangunan yang berasingan.
Sesi fotografi
Bersama mama tersayang
            Gundahnya jiwa saat itu, tidak sempat menatap raut wajah rakan sebilik ana dan teman-teman Frisbee yang ingin menghantar kami pergi.  Hanya melalui corong telefon sahaja mampu ana dengarkan lafaz-lafaz terakhir mereka. L


13 September 2011(Selasa)
            Tepat jam 5.50 pagi(waktu tempatan), kami selamat tiba di lapangan terbang Hearthrow, London!  Keadaan di lapangan terbang tersebut adalah amat sibuk. Bayangkan hampir setiap 5 minit, akan ada penerbangan yang berangkat dari landasan Hearthrow.  Perasaan kagum semakin mendapat tempat di hati.
            Transit di London kedengaran hebat, bukan?  Pada hakikatnya, indah khabar dari rupa.  Selama lebih kurang 7 jam di LAPANGAN TERBANG London tanpa berbuat apa-apa sememangnya bukan sesuatu yang semua orang mahu lalui sekali lagi!  Letih, sakit belakang, kurang tidur dan lebih ‘menarik’ lagi, tanpa ‘free wireless’ tentu sekali amat menyeksakan.  Pada diri ana sendiri, yang pada ketika itu kehabisan bateri telefon bimbit, merupakan satu pengajaran yang amat penting.(charger disimpan dalam beg kargo).

Prayer room
Bersama teddy
Menikmati makanan ringan di London
Makan angin sekitar Hearthrow
Semasa transit
Menghabiskan masa membaca
            Kami akhirnya tiba di Moscow pada malamnya(kurang pasti) melalui penerbangan Aeroflot.  Sejurus tiba di Moscow, kami melalui pemeriksaan imigresen yang ana ungkapkan melalui perkataan-PELIK.  Mungkin kerana muka kami yang letih amat, pegawai-pegawai imigresen menghadapi kesukaran membandingkan raut wajah kami yang terdapat di dalam passport kami. (Kelakar la, bila teringat balik, pegawai tu suruh saya senyum, dlm keletihan, saya paksa jugak diri saya untuk senyum :P)





19 September 2011(Isnin)
Hari ini, genaplah seminggu kami merantau di negeri orang.  Bukan senang nak menyesuaikan diri hidup di sini.  Walaupun masih berada di awal musim luruh, kedinginan cuaca di Bandar Volgograd, Russia ini menggigit sampai ke tulang temulang.  Barangkali menjangkau 18-20 darjah celcius.  Tiap kali hendak menjejakkan kaki keluar dari bilik sekali pun, kami terpaksa mengenakan pakaian musim sejuk seperti ‘sweater’.  Di asrama yang disediakan inilah kami berkongsi berbagai macam cerita dan menjalani pelbagai pengalaman baru kehidupan berdikari di Negara Soviet ini.
Hostel KIM, Volgograd

No comments:

Post a Comment