Ahad
lalu(20.11.2011) kami, pelajar Malaysia yang menetap di bumi Volgo ini meraikan
bersama sambutan Deepavali yang dianjurkan gilang-gemilangnya oleh jawatankuasa
VMIA di bawah dukungan MSA(Malaysian Student Association). Dengan bertemakan AGNI(fire), majlis tersebut
berjaya mendapat sambutan yang baik dari pelajar-pelajar yang terdiri dari
pelbagai latar belakang kaum dan agama.
Semangat perpaduan kaum di bumi Volgo ini ternyata mengingatkan diri ini
supaya tidak sesekali melupakan asal usul kami, yang lahir di bumi Malaysia-
negara yang berbilang kaum, cintakan perpaduan. Rakan seperjuangan ana sendiri(kaum cina)
turut sama mengenakan pakaian tradisional masyarakat India! (mengkagumkan
bukan?)
Meet my friends~~ |
Deepavali tahun ini telah diadakan
di dewan Hiroshima, bermula dari pukul 1.30 tengahari. Dimeriahkan oleh dua MC yang berbakat,
ternyata mampu mencuit setiap hati yang datang menghadirkan diri pada hari
tersebut. Telatah mereka happy-go-lucky kepetahan kata-kata membuatkan kami ketawa dari mulanya majlis sehingga ke penghujungnya! (naik lenguh muscle2 pipi tau)
MC! |
Setelah majlis dirasmikan dengan
menyalakan api, kami diserikan dengan tayangan video sejarah perayaan
Deepavali, klip-klip video yang cukup menghiburkan, tarian dan nyanyian merdu
dari bakat-bakat yang terpendam dan tidak ketinggalan sketsa kedatangan kaum
India di Malaysia.
Perasmian Deepavali 2011 |
Pada pandangan ana sendiri, sketsa tersebut membawa maksud mendalam,
mengandungi nilai-nilai yang tersirat yang pastinya membuatkan setiap individu
di dewan tersebut berfikir sejenak, akan nikmat ‘satu padu’ yang selama ini
telah tersemat di sanubari.
Juga menghadirkan diri adalah 3 individu penting berbangsa Rusia(maaf
kurang arif akan nama mereka), tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama
melihat sendiri kemeriahan sambutan Deepavali pelajar Volgograd. Setelah disajikan dengan pelbagai persembahan
dan program seperti penerangan ringkas cara pemakaian sari dan cabutan bertuah,
kami disajikan dengan makanan yang enak!
Kuiz ringkas |
With my good friend-Sathiyaraj |
Di sini, saya ingin menitipkan salam Deepavali untuk rakan seperjuangan saya, saudara Sathiyaraj! Dengan ucapan teruskan meng'hambar'! hehehe.. (gurau jerr..) We really do enjoy your celebration. Your first celebration in Volgo, but it's first in my life...
Happy Deepavali to all! (gambar ihsan dari saudari Cynthia) |
Konklusinya, sebagai peringatan
semua, pembaca, dan ana sendiri, perpaduan itu indah dan memberikan kesan manis
baik untuk individu, agama, kaum, bangsa dan negara. Ikhlas dari kami pelajar yang menetap di luar
negara, sesungguhnya kami dahagakan kemanisan perpaduan itu, di mana setiap
hati dan naluri ikhlas memberi dan menyumbang tanpa sebarang syak wasangka.
Salam Deepavali suma :) (gambar ihsan dari saudara Sathiya) |
Senyuman setiap individu yang turut
meluangkan masa mereka memeriahkan sambutan Deepavali 2011 ini tidak akan luput dari
ingatan ana~~~ luv u all.. BIG thanks to those who worked hard for it!