Tuesday, November 22, 2011

Cahaya Deepavali 2011




Ahad lalu(20.11.2011) kami, pelajar Malaysia yang menetap di bumi Volgo ini meraikan bersama sambutan Deepavali yang dianjurkan gilang-gemilangnya oleh jawatankuasa VMIA di bawah dukungan MSA(Malaysian Student Association).  Dengan bertemakan AGNI(fire), majlis tersebut berjaya mendapat sambutan yang baik dari pelajar-pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Semangat perpaduan kaum di bumi Volgo ini ternyata mengingatkan diri ini supaya tidak sesekali melupakan asal usul kami, yang lahir di bumi Malaysia- negara yang berbilang kaum, cintakan perpaduan.  Rakan seperjuangan ana sendiri(kaum cina) turut sama mengenakan pakaian tradisional masyarakat India! (mengkagumkan bukan?)
Meet my friends~~
            Deepavali tahun ini telah diadakan di dewan Hiroshima, bermula dari pukul 1.30 tengahari.  Dimeriahkan oleh dua MC yang berbakat, ternyata mampu mencuit setiap hati yang datang menghadirkan diri pada hari tersebut.  Telatah mereka happy-go-lucky kepetahan kata-kata membuatkan kami ketawa dari mulanya majlis sehingga ke penghujungnya! (naik lenguh muscle2 pipi tau)
MC!
            Setelah majlis dirasmikan dengan menyalakan api, kami diserikan dengan tayangan video sejarah perayaan Deepavali, klip-klip video yang cukup menghiburkan, tarian dan nyanyian merdu dari bakat-bakat yang terpendam dan tidak ketinggalan sketsa kedatangan kaum India di Malaysia.

Perasmian Deepavali 2011
Pada pandangan ana sendiri, sketsa tersebut membawa maksud mendalam, mengandungi nilai-nilai yang tersirat yang pastinya membuatkan setiap individu di dewan tersebut berfikir sejenak, akan nikmat ‘satu padu’ yang selama ini telah tersemat di sanubari.

Juga menghadirkan diri adalah 3 individu penting berbangsa Rusia(maaf kurang arif akan nama mereka), tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama melihat sendiri kemeriahan sambutan Deepavali pelajar Volgograd.  Setelah disajikan dengan pelbagai persembahan dan program seperti penerangan ringkas cara pemakaian sari dan cabutan bertuah, kami disajikan dengan makanan yang enak! 


Kuiz ringkas
With my good friend-Sathiyaraj


            




Di sini, saya ingin menitipkan salam Deepavali untuk rakan seperjuangan saya, saudara Sathiyaraj! Dengan ucapan teruskan meng'hambar'! hehehe.. (gurau jerr..) We really do enjoy your celebration. Your first celebration in Volgo, but it's first in my life... 

Happy Deepavali to all!
(gambar ihsan dari saudari Cynthia)
Konklusinya, sebagai peringatan semua, pembaca, dan ana sendiri, perpaduan itu indah dan memberikan kesan manis baik untuk individu, agama, kaum, bangsa dan negara.  Ikhlas dari kami pelajar yang menetap di luar negara, sesungguhnya kami dahagakan kemanisan perpaduan itu, di mana setiap hati dan naluri ikhlas memberi dan menyumbang tanpa sebarang syak wasangka.
Salam Deepavali suma :)
(gambar ihsan dari saudara Sathiya)
            Senyuman setiap individu yang turut meluangkan masa mereka memeriahkan sambutan Deepavali 2011 ini tidak akan luput dari ingatan ana~~~ luv u all.. BIG thanks to those who worked hard for it!

Tuesday, November 15, 2011

Walau badai melanda

Walau badai melanda, tidak bererti pepasir di tepian kalah,
Cuma pantai yang berubah, pepasir hanya berpindah,
Kata orang, lautan dalam jangan diduga,
Akan tetapi, tahukah, tanpa pepasir di tepian pantai,
Tanpa pepasir di dasar lautan, mana mungkin tahu akan kedalaman lautan..


Apa yang ingin ana sampaikan hanyalah cebisan nasihat, buat semua, terutama buat diri ana sendiri.

Saat ketikanya sejuk inginkan kehangatan,
Saat ketikanya sempit inginkan keluangan,
Saat ketikanya kecewa inginkan kepuasan,
Saat tibanya kesedihan impikan kegembiraan,
Saat tibanya keraguan impikan kepastian,
Saat datangnya rindu mahukan pertemuan,
Saat datangnya kejayaan yang perlukan pengorbanan...

Percayalah wahai diri, kehangatan, keluangan dan kepuasan itu tidak lebih daripada satu kehendak,
Yakinlah wahai hati, kegembiraan dan kepastian itu tersirat di sebalik kepahitan hidup dan lembaran cubaan dan dugaan Ilahi.
Sabarlah wahai iman, pertemuan dan kejayaan itu akan setia menanti di hujung perjuangan mu..

Crying is okay.

Air mata sebagai teman sejati kepedihan hati,
Kekalahan dan kegagalan disambut sebagai pengajaran.. 

Biar sebesar mana badai melanda, pepasir ini tidak pernah akan hilang.
Biar seperit mana dipukul ombak, pepasir ini tidak akan menagih simpati.
Cuma akan berubah, mengadaptasikan diri
agar dapat terus menjadi tempat mainan hidupan laut.
melengkapi hamparan yang ada di muka bumi ini. :)

~La Tahzan~

Sunday, November 6, 2011

judgmental

Nukilan perantau



Sejurus mata terbuka di pagi 10 Zulhijjah, kedengaran sayup-sayup takbir raya dari arah dapur.  Lantas terimbau kembali majlis Iftar yang dianjurkan oleh kakak-kakak senior di rumah Qalam petang semalam. Kami berbuka puasa bersama, melaungkan takbir dan bersolat Jemaah. “Ya Allah, sudah menjelang hari raya, rupanya”. Seribu dari ana. Sungguh, kenangan kemeriahan sambutan yang disertai ‘ruskaya mama’, tidak akan mudah terlerai dari memori ana. Mungkin bagi kakak-kakak senior yang lain, beraya perantauan kali ini, bukanlah pengalaman pertama kalian(bukanlah pertama kali bagi ana juga). Akan tetapi, bibit-bibit rindu mencari dakapan hangat orang-orang tersayang, dahagakan kucupan di pagi raya, sedikit demi sedikit terbit dalam diri ana. Sejenak, suasana raya bersama keluarga bermain-main di fikiran ini.



Aidilfitri 2011
Rindu~~~~~~~~~~~~~<3 <3 <3

            Ana tahu, semua orang yang bernama perantau, merindui keluarga masing-masing. Dan keluarga nun jauh di mata pasti risau dengan persiapan raya kami. J Tak mengapa. Percaya la, kami di sini juga meraikan hari mulia ini. (peace.. hehehehhe). Semuanya dirancang oleh seorang rakan perjuangan kami-Ainul. (tQ) Semua bahan disediakan oleh pelajar-pelajar lelaki. Walaupun semacam persiapan ‘last minute’ gitu, tapi syukur alhamdullilah, dengan kerjasama semua pihak, kami Berjaya menyiapkan hidangan nasi ayam kami. Hehehe.. Sedap… Kalau tak sedap, tak la kawan saya yang seorang tu sampai tambah makan. Seronok, tengok dia orang berselera makan. Ana ikut makan jugak la..


            Walau bagaimanapun, ana sedikit terkilan sebab tak dapat nak meraikan majlis ini bersama rakan seperjuangan yang kini menetap di Hostel Hiroshima. Kongsi kemeriahan dengan kengkawan baru la kiranya, tanpa kalian di sisi. Huhuhu.. :’( Tak mengapalah, dah tapau pun sedikit pada dia orang. Enjoy!
Lepas makan-makan, kami abadikan gambar di bawah sebagai kenangan….
Group photo
            Akhir kata, ana di sini memohon maaf pada insan-insan yang mengajak meluangkan masa bermain ice skating. Bukan tak sudi, Cuma ana takut ana tidak berkemampuan menyiapkan kerja yang diamanahkan lecturer. (sekarang dah siap lah.. bab tu rasa bersalah x join tdi)
Selamat Hari Raya suma.. 

Saturday, November 5, 2011

A new beginning

A while ago, while wondering around, arranging my photo folders, I found some interesting pictures. SO, decided to share them with you. Life in Volgograd State Medical University started here.. 
Me and my groupmates

Early Autumn


Healthy cat.. Spongy~~

Me and Russian soldier

Friday, November 4, 2011

keep in track



12 September 2011(Isnin)
            Malam ini, seramai 23 orang pelajar tajaan JPA dan 3 orang pelajar tajaan MINDEF akan berangkat meninggalkan tanah air Malaysia dan insan-insan tersayang demi melanjutkan pelajaran kami di tanah besar Russia.
Hati yang rawan bercampur riang kerana bagi sebahagian kami, inilah kali pertama kami bakal hidup berdikari di negara yang jauhnya beribu batu dan mempunyai klimat cuaca yang jelas berbeza dari Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.  Di sana nanti, kami bakal merasai iklim 4 musim.
Russia merupakan satu negara yang amat istimewa dari segi size dan bentuk muka buminya.  Sebahagian negara Soviet ini berada di benua Eropah dan sebahagian lagi berada di dalam lingkungan benua Asia.  Mempunyai zon masa yang berbeza mengikut kedudukan bandarnya, dan sebagainya.  Banyak lagi fakta menarik berkenaan dengan negara ini sebenarnya.  Bukan ana tidak mahu berkongsi fakta-fakta tersebut, tetapi biarlah ana menceritakan pengalaman ana sendiri terlebih dahulu.  Layarilah laman-laman web di Internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang negara ini ek? J
Baiklah, berbalik kepada jalan cerita ana ye?  Kami semua mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA)  seawal 5.30 petang, malahan ada yang lebih awal. Semangat bukan?  Pada jam 6.30, kami mula daftar masuk dengan bantuan pegawai MAS, JPA dan MINDEF.  Berbagai reaksi yang dapat dilihat semasa proses tersebut.  Ada yang terpaksa mengeluarkan sejumlah besar barang-barang di dalam bagasi kerana melebihi berat yang ditetapkan iaitu 20 kg beg kargo dan 7 kg beg kabin(pengalaman ana sendiri), ada yang lupa menyiapkan dokumen sebelum perjalanan dan banyak lagi.  Nasihat ana, pastikan berat beg kargo(tanpa barang) kalian secara amnya tidak terlalu berat kerana banyak lagi barang yang kalian perlu ‘sumbat’ ke dalam beg tersebut.  Pastikan sebarang benda cair(liquid) disimpan di dalam plastic yang disediakan oleh pihak MAS. (Seperti yang diarahkan semasa ‘pre-departure briefing’)
Setelah mendaftar masuk, kami diberi masa untuk bersama keluarga. Ana sekeluarga pula, menunaikan solat dan menikmati makan malam di francais KFC di KLIA. J Tepat pukul 8.30 malam, kami mendengar penerangan terakhir dari pegawai MAS dan JPA sebelum melangkah pergi ke terminal C4 yang berada di bangunan yang berasingan.
Sesi fotografi
Bersama mama tersayang
            Gundahnya jiwa saat itu, tidak sempat menatap raut wajah rakan sebilik ana dan teman-teman Frisbee yang ingin menghantar kami pergi.  Hanya melalui corong telefon sahaja mampu ana dengarkan lafaz-lafaz terakhir mereka. L


13 September 2011(Selasa)
            Tepat jam 5.50 pagi(waktu tempatan), kami selamat tiba di lapangan terbang Hearthrow, London!  Keadaan di lapangan terbang tersebut adalah amat sibuk. Bayangkan hampir setiap 5 minit, akan ada penerbangan yang berangkat dari landasan Hearthrow.  Perasaan kagum semakin mendapat tempat di hati.
            Transit di London kedengaran hebat, bukan?  Pada hakikatnya, indah khabar dari rupa.  Selama lebih kurang 7 jam di LAPANGAN TERBANG London tanpa berbuat apa-apa sememangnya bukan sesuatu yang semua orang mahu lalui sekali lagi!  Letih, sakit belakang, kurang tidur dan lebih ‘menarik’ lagi, tanpa ‘free wireless’ tentu sekali amat menyeksakan.  Pada diri ana sendiri, yang pada ketika itu kehabisan bateri telefon bimbit, merupakan satu pengajaran yang amat penting.(charger disimpan dalam beg kargo).

Prayer room
Bersama teddy
Menikmati makanan ringan di London
Makan angin sekitar Hearthrow
Semasa transit
Menghabiskan masa membaca
            Kami akhirnya tiba di Moscow pada malamnya(kurang pasti) melalui penerbangan Aeroflot.  Sejurus tiba di Moscow, kami melalui pemeriksaan imigresen yang ana ungkapkan melalui perkataan-PELIK.  Mungkin kerana muka kami yang letih amat, pegawai-pegawai imigresen menghadapi kesukaran membandingkan raut wajah kami yang terdapat di dalam passport kami. (Kelakar la, bila teringat balik, pegawai tu suruh saya senyum, dlm keletihan, saya paksa jugak diri saya untuk senyum :P)





19 September 2011(Isnin)
Hari ini, genaplah seminggu kami merantau di negeri orang.  Bukan senang nak menyesuaikan diri hidup di sini.  Walaupun masih berada di awal musim luruh, kedinginan cuaca di Bandar Volgograd, Russia ini menggigit sampai ke tulang temulang.  Barangkali menjangkau 18-20 darjah celcius.  Tiap kali hendak menjejakkan kaki keluar dari bilik sekali pun, kami terpaksa mengenakan pakaian musim sejuk seperti ‘sweater’.  Di asrama yang disediakan inilah kami berkongsi berbagai macam cerita dan menjalani pelbagai pengalaman baru kehidupan berdikari di Negara Soviet ini.
Hostel KIM, Volgograd