Friday, September 7, 2012

Semua Tentang Kita

Kalau ditanyakan kenapa, mungkin berjuta alasan dan jawapan yang terbenak di hati. Kalau diminta penjelasan, beribu kata-kata yang disusun. Namun, percayalah, secara jujurnya, diri sendiri tidak mengerti apa yang terbuku di fikiran.
Ya, aku mahu mengeluarkan biarpun sepatah kata, menghadiahkan semanis senyuman, mencuri pandangan  ke arahnya biarpun sesaat. Tapi, andai dikumpul seluruh titisan air lautan pun untuk meleraikan segala persoalan,  aku tidak yakin aku mampu melakukannya. Bagaimana lagi untuk berhadapan dengannya. Sungguh, diri ini tidak memahami perasaan ini. Rasa bersalah, marah, sedih, geram, malu. Lidah terkelu, hati membatu..
Ya, berani bukan sifatku. 
Maka, kepada dia yang mungkin singgah membaca nukilan ini, mungkin tiada apa yang mampu mengubah masa silam. Kerna ia telah menjadi sebahagian dari ku. Kata-kata maaf tidak memadai,kan? 
I'M SORRY YOU KNEW ME
I'll make up to it

Sunday, September 2, 2012

Merdekakah kita?

Merdekakah kita?
Dengan hanya sekadar laungan setahun sekali.
Tatkala remaja dirasuk kpop dan lagha yahudi.
Menghitung detik 12 dgn budaya yang kononnya itu seni.
Ketika robohnya tembok syahadah dan mentaliti.
Tenggelam dalam laut urbanisasi.
Mahal sungguh harga yang perlu dibayar.

Sehingga harga insani dilacuri.


(Adam Scofield, tanpa seurat benang, 2012)


Setelah selesai membaca bait-bait coretan yang disulam oleh bekas guru matematik(INTEC, Shah Alam) saya, meninggalkan seribu satu persoalan, pelbagai andaian. Apakah erti kemerdekaan di hati remaja dan kanak-kanakyang sedang lemas dalam dunia teknologi yang serba moden? Apakah benar kita sudah merdeka? Ataupun sedang dijajah oleh pemikiran barat dalam diam? Sekadar ucapan Merdeka di bibir, ungkapan di facebook? tatkala bait terakhir melepasi pandangan mata, tiada kata dibicarakan, hanya keluhan di lubuk hati diselubungi sesalan yang tiada gunanya...