Sunday, December 30, 2012

Life is precious

Kadang kala, sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku,
sesuatu itu mungkin semanis madu, mungkin juga sepahit hempedu,
Semuanya atas perkara yang satu, PENERIMAANMU..

Yang pasti tiap suatu itu mengajarmu sesuatu yang belum kau tahu,
kau bakal menyukainya, ataupun membencinya,
Denga beribu ragu, kau tetap menyambutnya,
Kenapa? Tidakkan takut pada bahaya kecewa?
Beraninya dikau mencaturkan janji dan kata-kata?

Alasanmu?
Khuatiri keseorangan, Rindukan dakapan, 
Dambakan kehangatan. Mahukan perhatian.

Namun, tidak sedarkan kamu? Tidak sesaatpun Dia meninggalkanmu?
Siapa sebenarnya yang mengenetepikan teman?
Siapa pada hakikatnya lari daripada perlindungan?
Siapalah yang sentiasa menidakkan kemyataan?

Dirimu sentiasa disayangi, sentiasa dicintai,
sentiasa dirahmati, sentiasa dibelai,
andai sahaja engkau menghayati setiap degupanmu,
setiap hembusan nafasmu, setiap kerdipan matamu,
dihadiahkan HANYA buatmu... <3 p="p">

Nyawamu begitu berharga..

Thursday, November 15, 2012

Apa itu?

HATI? HEART? СЕРДЦЕ?

Pernah tak kalian rasa,
Tika mengharapkan kejayaan, ditumbangkan dengan hanya coretan markah?
Tika mengumpul kembali sisa semangat yang tinggal, dikecewakan dengan cebisan teguran?
Tika mengukirkan senyuman, diketawakan dengan sekelat sindiran?

Bagi diri ini, semenjak kebelakangan ini, ya, selalu, kerap, sering, всегда..
Sebolehnya ku sembunyikan, ku litupi dengan keriangan, kemeriahan gelak tawa bersama rakan-rakan.
Akhirnya, terkesimpuh, gagal juga di selekoh perjalanan ini, cuba menyapai huluran tangan yang ingin membantu, tapi, entah, mungkin kegelapan hati mengatasi segalanya.

Pada diri ini, ku nasihati, mungkin itu hanya mainan hati, mencemburui kejayaan teman. Sedarlah wahai 'gumpalan darah', usah terbitnya rasa benci atas diri sendiri, rasa tidak puas hati, seakan takdir seseorang itu adalah untuk gagal selama-lamanya.
Usah terlena dengan mainan perasaaan, diulit rasa tenang yang fantasi. Jangan pernah kau lari dari peperangan.. Jangan pernah kau berpaling dari kesalahan... Jangan pernah kau berundur dari ketakutan..Kuatkanlah hati dan imanku, ku memohon padaMu...


Bangkitlah kembali.... PERJUANGANMU BELUM BERAKHIR!


Friday, September 7, 2012

Semua Tentang Kita

Kalau ditanyakan kenapa, mungkin berjuta alasan dan jawapan yang terbenak di hati. Kalau diminta penjelasan, beribu kata-kata yang disusun. Namun, percayalah, secara jujurnya, diri sendiri tidak mengerti apa yang terbuku di fikiran.
Ya, aku mahu mengeluarkan biarpun sepatah kata, menghadiahkan semanis senyuman, mencuri pandangan  ke arahnya biarpun sesaat. Tapi, andai dikumpul seluruh titisan air lautan pun untuk meleraikan segala persoalan,  aku tidak yakin aku mampu melakukannya. Bagaimana lagi untuk berhadapan dengannya. Sungguh, diri ini tidak memahami perasaan ini. Rasa bersalah, marah, sedih, geram, malu. Lidah terkelu, hati membatu..
Ya, berani bukan sifatku. 
Maka, kepada dia yang mungkin singgah membaca nukilan ini, mungkin tiada apa yang mampu mengubah masa silam. Kerna ia telah menjadi sebahagian dari ku. Kata-kata maaf tidak memadai,kan? 
I'M SORRY YOU KNEW ME
I'll make up to it

Sunday, September 2, 2012

Merdekakah kita?

Merdekakah kita?
Dengan hanya sekadar laungan setahun sekali.
Tatkala remaja dirasuk kpop dan lagha yahudi.
Menghitung detik 12 dgn budaya yang kononnya itu seni.
Ketika robohnya tembok syahadah dan mentaliti.
Tenggelam dalam laut urbanisasi.
Mahal sungguh harga yang perlu dibayar.

Sehingga harga insani dilacuri.


(Adam Scofield, tanpa seurat benang, 2012)


Setelah selesai membaca bait-bait coretan yang disulam oleh bekas guru matematik(INTEC, Shah Alam) saya, meninggalkan seribu satu persoalan, pelbagai andaian. Apakah erti kemerdekaan di hati remaja dan kanak-kanakyang sedang lemas dalam dunia teknologi yang serba moden? Apakah benar kita sudah merdeka? Ataupun sedang dijajah oleh pemikiran barat dalam diam? Sekadar ucapan Merdeka di bibir, ungkapan di facebook? tatkala bait terakhir melepasi pandangan mata, tiada kata dibicarakan, hanya keluhan di lubuk hati diselubungi sesalan yang tiada gunanya...

Tuesday, April 10, 2012

Dunia Fantasi vs Realiti

Kata-kata dikutip untuk disampaikan kepada kalian para pembaca.
Anyaman ayat-ayat diberikan pada teman-teman seperjuangan..
Bukan hendak menunding jari pada sesiapa, cuma ingin kongsikan apa yang terbuku di fikiran.

Fantasi.....
Ya, betul,
Umur tidak memberi kesan pada persona, kekal muda dan cantik. 
Kesempurnaan adalah segala-gala,
Kesilapan boleh di'undo',
Pabila sibuk mampu di'save' dan di'load' tatkala sudah lapang.
Kawanmu di laman sesawang sentiasa ada membantumu menyelesaikan 'mission'.
Kematian diubati dengan 'replay' atau 'new game'

Realiti....
Tapi..
Tahukah anda tanpa bertambahnya umur, manusia akan terus lalai dengan keanggunan masa muda,
Sedarkah kamu tanpa kecacatan, manusia akan berdiri bangga berjalan di bumi ini, memandang rendah pada yang lain,
Bukalah matamu, kesilapan itulah cikgu yang terbaik!
Dengarlah dengan mata hatimu, sibuk dan lapang menyedarkan kamu akan pentingnya masa.
Rujuk siapalah tatkala kamu dibelenggu seribu persoalan tentang hidup dan pelajaran?
Tidak takutkah kamu akan kematian? Ia pasti datang~~~

Ingatlah perkara-perkara ini,
dimana letaknya kejayaan sebenar? dunia FANTASI atau REALITI?
kawan di mana yang mengambil tahu tentang senang sakitmu? dunia FANTASI atau REALITI?
makan minum tidurmu? dunia FANTASI atau REALITI?
air mata keperitan dan kegembiraanmu, darahmu, mengalir di mana?  dunia FANTASI atau REALITI?
dimanakah kamu dilahirkan?  dunia FANTASI atau REALITI?

Jangan lah mengagung-agungkan dunia FANTASI. ciptaan manusia!
kerana ianya hanyalah FANTASI semata-mata! mana mungkin menjadi kenyataan!! 
Kenapa harus berbangga dengan apa yang ada di dunia FANTASI?
Mengapa harus mengharapkan sesuatu yang FANTASI menjadi REALITI?
Tidak cukupkah apa yang telah disediakan oleh Pencipta kita?? 

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:13)

~nalases.ubireb~
*never interested in hearing twenty-four 7 about FANTASY.
M.U.A.K.

Friday, March 9, 2012

The Sweetest Surprise

How deep is your definition for the word SURPRISE?


"Unity in Diversity" Muslimah's day 2012
Yesterday(8 March), we celebrated the International Women's day! In the morning we attented the Muslimah's Day programme, organized by the second year students... ^_^
In the evening, we attended for special invitation from the guys of Russian Programme 17..and it was truly the SWEETEST SURPRISE>>>>>>>

Surprise for me...
When you wake up in morning for morning prayer and you noticed that there's a invitation card attached with handmade flower on your door~~~
Sweet x? Surprise in the doorstep.! Siap gosok2 mata time ni.. Sebab x percaya, ingatkan mimpi


Lucky draw and surprise gifts


From Muslimah's Day

From my dearest friend

laa... tu je? WAIT....


there's more... :) see? told ya! 


Being greeted and picked up by two handsomely-dressed guys to the surprise party
With smile. hensem kan?


Being accompanied to the dinner hall by your man
keep on smiling~~


The WOW moment when you realized that it was a candlelight dinner~~~
touched, aren't you?


Being served like in 5 Stars hotel by your man
thanks.. Butler sebenar tuu.. mana nk cari?


Sweet singing performance by all the guys
The Sweetest Memories


The Surprise cake!

They even prepared us this cake. Sedap tau...? !


3 consecutive birthdays..
The 8-9-10 birthdays~~


It was truly a flawless day of my life.. I realized that despite anything that happened to us. Being with friends is the best cure in the world(when being apart with family laa). :) they are our family, our sisters, our brothers, our fathers, and our mothers... agree? haa.. I know, mesti agree punya!
I learn to treasure them.. Do you?


Credit to Cyn, Naz, Tsuhuey for the pic!