Sunday, December 30, 2012

Life is precious

Kadang kala, sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku,
sesuatu itu mungkin semanis madu, mungkin juga sepahit hempedu,
Semuanya atas perkara yang satu, PENERIMAANMU..

Yang pasti tiap suatu itu mengajarmu sesuatu yang belum kau tahu,
kau bakal menyukainya, ataupun membencinya,
Denga beribu ragu, kau tetap menyambutnya,
Kenapa? Tidakkan takut pada bahaya kecewa?
Beraninya dikau mencaturkan janji dan kata-kata?

Alasanmu?
Khuatiri keseorangan, Rindukan dakapan, 
Dambakan kehangatan. Mahukan perhatian.

Namun, tidak sedarkan kamu? Tidak sesaatpun Dia meninggalkanmu?
Siapa sebenarnya yang mengenetepikan teman?
Siapa pada hakikatnya lari daripada perlindungan?
Siapalah yang sentiasa menidakkan kemyataan?

Dirimu sentiasa disayangi, sentiasa dicintai,
sentiasa dirahmati, sentiasa dibelai,
andai sahaja engkau menghayati setiap degupanmu,
setiap hembusan nafasmu, setiap kerdipan matamu,
dihadiahkan HANYA buatmu... <3 p="p">

Nyawamu begitu berharga..