Tuesday, December 27, 2011

Disember dah??



Наступил декабрь.  Dalam kesibukan menjalani rutin hidup, pejam celik, tahun 2011 kini sudah hampir ke penghujungnya.  Ana perhatikan, pelajar Russia yang lain sudah memulakan langkah, mengejar pensyarah untuk mencatat markah bagi semester ini. Sejujurnya, kami pelajar tahun pertama bidang perubatan yang menuntut di sini, tidak menduduki sebarang peperiksaan khas seperti para senior kami yang lain. J Namun penilaian (зачёт) itu tetap ada. Biasanya penilaian ini akan dibuat pada minggu terakhir setiap semester.


Bagi pelajar tahun pertama akan ada 9 hari cuti je. Sob sob. Tapi, pada tahun senior nanti, baru la timbul istilah ‘cuti winter’. ^_^ Walau bagaimanapun, demi masa, kalau tidak dimanfaatkan sebaiknya, manusia dalam keadaan kerugian. Oleh itu, kami anjurkan pelbagai aktiviti untuk mengisi setiap waktu yang ada. Antaranya, sambutan hari lahir ‘baby December’ untuk 3 orang rakan kami Jeat, Vivian dan Fiona yang diadakan pada tanggal 12 haribulan.


Majlis hari lahir itu kami sediakan jamuan yang istimewa. Sesungguhnya, ana sendiri tidak menyangka dalam kalangan kami, ada yang menyimpan bakat memasak! Wah, bakal doktor yang serba boleh?! Hehehe.. Jamuan diadakan dengan keadaan yang sederhana tetapi meriah. Untuk birthday boy, Jeat, kami sediakan video ringkas. Digubah oleh saudari Tsu Huey dengan kerjasama dari rakan-rakan yang lain.


My second family
Tiramisu anyone
Dalam kalender, bulan Disember seringkali dikaitkan dengan perayaan Krismas oleh rakan-rakan bukan Muslim kitakan? Bagi yang homesick, ingin menyambutnya bersama keluarga, kami juga tidak mengabaikan permintaan mereka ini. Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang merasa kurang selesa dengan tindakan kami ini. Ana berharap tiada yang membuat sebarang spekulasi sesuka hati, saling menunding jari. Sesungguhnya, niat kami hanya ingin membawa suasana seperti di rumah ketika musim peraayan. Mereka, seperti kita, tentu sekali rindu pada keluarga dan sanak saudara di kampung halaman, bukankah begitu?

Rice-ball!!!
Pada pendapat ana, apa yang penting adalah mereka menghormati niat kita, agama kita, malah tidak mempersoalkan permintaan kami agar menggunakan bahan-bahan halal serta menggunakan perkakas kami untuk menyediakan masakan mereka. Percayalah rakan-rakan pembaca sekalian, kita boleh bersatu, hidup bersama tanpa sebarang perselisihan faham. Setiap masalah ada penyelesaiannya, kan? “For every lock, has its key.” Selain itu, ana juga berkesempatan mempelajari ‘rice ball” dari rakan-rakan Chinese saya! Pengalaman yang berharga! ^_^



Mendeklamasikan sajak!
Oh, ya. Aktiviti pada bulan ini bukan sahaja diadakan antara kami sahaja. Malahan abang-abang dan kakak-kakak senior juga ada menyusun atur program-program menarik. Salah satu daripadanya ialah Majlis Penutup Minggu Kirovsky yang diadakan pada awal bulan. Tentative program termasuklah, pertandingan laungan azan, cabutan bertuah, pengumuman pemenang-pemenang kuiz, tulisan khat, hafazan dan sebagainya.


Winning team!
Yang seronoknya bulan ni, ana berpeluang mencuba sukan paintball!! Dari dulu lagi nak try sebenarnya! Banyak yang mengikuti aktiviti ini berbanding tahun lepas—menurut senior. Namun bagi kaum hawa, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Psst. Nak tahu tak? Kumpulan ana berjaya meraih tempat pertama! Hihihi.. Berkat kerjasama kata orang. Bagi yang belum mencuba tu, ana harap, jangan siakan peluang yang ada pada masa akan datang.




Paintball 2011
Sekian dulu, wassalam.