Tuesday, April 10, 2012

Dunia Fantasi vs Realiti

Kata-kata dikutip untuk disampaikan kepada kalian para pembaca.
Anyaman ayat-ayat diberikan pada teman-teman seperjuangan..
Bukan hendak menunding jari pada sesiapa, cuma ingin kongsikan apa yang terbuku di fikiran.

Fantasi.....
Ya, betul,
Umur tidak memberi kesan pada persona, kekal muda dan cantik. 
Kesempurnaan adalah segala-gala,
Kesilapan boleh di'undo',
Pabila sibuk mampu di'save' dan di'load' tatkala sudah lapang.
Kawanmu di laman sesawang sentiasa ada membantumu menyelesaikan 'mission'.
Kematian diubati dengan 'replay' atau 'new game'

Realiti....
Tapi..
Tahukah anda tanpa bertambahnya umur, manusia akan terus lalai dengan keanggunan masa muda,
Sedarkah kamu tanpa kecacatan, manusia akan berdiri bangga berjalan di bumi ini, memandang rendah pada yang lain,
Bukalah matamu, kesilapan itulah cikgu yang terbaik!
Dengarlah dengan mata hatimu, sibuk dan lapang menyedarkan kamu akan pentingnya masa.
Rujuk siapalah tatkala kamu dibelenggu seribu persoalan tentang hidup dan pelajaran?
Tidak takutkah kamu akan kematian? Ia pasti datang~~~

Ingatlah perkara-perkara ini,
dimana letaknya kejayaan sebenar? dunia FANTASI atau REALITI?
kawan di mana yang mengambil tahu tentang senang sakitmu? dunia FANTASI atau REALITI?
makan minum tidurmu? dunia FANTASI atau REALITI?
air mata keperitan dan kegembiraanmu, darahmu, mengalir di mana?  dunia FANTASI atau REALITI?
dimanakah kamu dilahirkan?  dunia FANTASI atau REALITI?

Jangan lah mengagung-agungkan dunia FANTASI. ciptaan manusia!
kerana ianya hanyalah FANTASI semata-mata! mana mungkin menjadi kenyataan!! 
Kenapa harus berbangga dengan apa yang ada di dunia FANTASI?
Mengapa harus mengharapkan sesuatu yang FANTASI menjadi REALITI?
Tidak cukupkah apa yang telah disediakan oleh Pencipta kita?? 

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:13)

~nalases.ubireb~
*never interested in hearing twenty-four 7 about FANTASY.
M.U.A.K.

1 comment:

  1. tatkala hati sedih memikirkan diri,
    terasa lemah di dalam jiwa,
    jangn dirimu bersusah hati,
    sentiasa ade teman yg membuatmu ketawa

    berkawan bukan sebab blsn,
    tpi atas dasar memberi..

    ReplyDelete